Tanya Online Di Sini

Statistik

OS: Linux s
PHP: 5.2.13
MySQL: 5.0.91-community
Time: 20:05
Caching: Disabled
GZIP: Disabled
Members: 22
News: 25
Web Links: 6
powered_by.png, 1 kB
Laman Utama
Artikel Pilihan PDF Print E-mail
Written by longcik   
Tuesday, 23 December 2008
Artikel 1 - Orang Kaya Kedekut! 
Mmmm...baru-baru ni tau..ada la seorang mak andam bersungut pada Longcik. Dia nampaknya geram sangat dengan seorang customer yang nak kawinkan anak lelakinya. Nak cari pelamin yang RM200.00.....mana ada? Yang jadi susah tu customer tu tinggal dekat saja dengan butiknya. Ingatkan nak tolong la jugak tapi customer tu nak macam-macam dengan pakej yang ekonomi tu. At last pasang la jugak pelamin yang termurah sekali RM350.00 tapi sebenarnya pelamin tu RM450.00, saja nak tolong jugak.
Cerita mak andam itu lagi...customer tersebut senang-senang saja nak order itu ini tapi RM buat-buat tak tau je! Sampai seminggu lebih kain tepak hantaran masih terperap kat rumahnya... dan yang geram lagi tak bayar pun. Bukan tak tahu kita ni dok cari makan dengan yang niii saja, boleh dia buat derk! Hiii...patut la kaya orang macam tu!
Komen Longcik : Lain kali buat sendiri tak payah susah-susah nak sewa atau sewalah dari mak andam yang jauh dari rumah..pasti kena bayar penuh sebelum hari majlis.
Artikel 2 - Sportingnya Kamu.....Sakina!
Tahun Baru Cina 2008 mak andam yang sama menerima tempahan meja pengantin dari rakannya yang tidak berkesempatan memasangnya. Kebetulan kain skirting yang tinggal memang mengikut warna pilihan pengantin berkenaan. Apabila tiba masanya wakil mak andam pun sampailah ke rumah pengantin untuk pasang meja. Waktu itu pengantin sedang dalam majlis khatam Quran. Wakil mak andam pun terus memasang meja pengantin setelah mendapat kepastian lokasinya yang sebenar.
Selesai majlis khatam Quran keluarlah pengantin berjumpa wakil mak andam yang sedang memasang hiasan meja. Dia sangat cool, tak cerewet langsung. Sambil bersembang dengan sepupu dan yang lain, dia menunggu sehingga meja siap dipasang. Apabila siap wakil tadi diajak masuk kerumah untuk minum...juga diajak oleh ayah pengantin yang menunggu di muka pintu. Selesai minum wakil mak andam dibekalkan pula dengan pulut kuning yang dijamu pada majlis malam itu. Alhamdulillah...
Komen Longcik : Kami dari Sutinah Collection doakan pasangan ini bahagia selamanya dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
Artikel 3 - Pandai Pelamin.
Tahun Baru Cina 2008 juga salah seorang mak andam bersama pembantunya memasang pelamin disalah sebuah rumah pelanggan. Ruang yang sempit di dalam rumah berkenaan menjadikan laluan ruang tamu ke dapur bertambah sempit dengan adanya pelamin yang dipasang.
Dalam masa kerja-kerja pemasangan pelamin dilakukan terperasan pula salah seorang dari yang ada di ruang tamu menunjukan rasa tidak puas hati dengan apa yang dilakukan. Sambil membisikan sesuatu kepada pengantin dia cuba menunjukkan sesuatu yang agaknya lebih sesuai pada pandangannya. Namun oleh kerana tidak begitu aggresif mak andam dan pembantunya buat tak faham saja dengan karenahnya, lagipun pengantin sendiri tidak berkata apa-apa. Sewaktu hari memunggah pelamin barulah terkeluar dari mulut tok pengantin bahawa ayah pengantin sebenarnya tidak suka dengan tempahan pelamin dalam rumah yang sempit itu.
Komen Longcik :
Lain kali rujuk pada orang tua dulu hasrat untuk menempah pelamin. Bagi yang tukang sibuk sila tawarkan khidmat anda untuk buatkan pelamin bagi pengantin...bolehlah pengantin berjimat sikit dalam perbelanjaan atau buka butik sendiri!!!
Artikel 4 - Muka Tak Malu!
Ramai dari kalangan mak andam yang bersungut tentang perangai pengantin baru dalam hal sewa kelengkapan bilik pengantin. Bahagian yang paling tidak enak sekali ialah 'peta' yang ditaburkan pada cadar pengantin. Bukan tidak dibenarkan tidur....tapi tukarlah dulu cadar sewaktu nak lancarkan bahtera khasnya pada pelayaran malam pertama.
Orang dulu-dulu.....zaman Tok atau sebelumnya sangat-sangat malu kalau ada orang nampak tanda-tanda ganjil pada cadar pengantin. Bukan itu saja...nak jemur cadar pada siang hari pun rasa segan. Apakah kedua-dua pengantin sengaja ingin memberitahu semua pihak yang mereka masih dara sehingga peristiwa malam pertama? Atau sengaja membebankan mak andam untuk mendobi cadar sewaannya agar berbaloi dengan bayaran sewa? Naik loya mak andam menyental tompok-tompok merah dan kekuningan akibat kebocoran dan semburan yang terjadi semasa pelayaran Lancang Kuning dimalam pengantin! Ih..ih...ihhh...
Komen Longcik : Sepatutnya semasa memunggah, peta yang terlukis tadi ditunjukkan kepada mak pengantin dan dibentangkan luas-luas diruang tamu agar semua orang boleh lihat betapa hebatnya pertarungan anaknya malam tadi....sambil mengeluarkan kalimah-kalimah keramat berbau sindiran.
Last Updated ( Thursday, 25 December 2008 )
 
< Prev   Next >
© 2010 Sutinah Collection :: Kami Mulakan Perkongsian Hidup Anda!
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.